Hari ni entah macamana waktu aku selongkar laptop aku, aku terjumpa dua gambar nih yang diambil pada bulan Januari 2003. Gambar ni mengingatkan aku semasa berada di UK di Royal Holloway, University of London sewaktu aku menyambung pengajian di peringkat master dahulu. Waktu nih musim salji. Dikhabarkan pada waktu tu dah 10 tahun salji tak turun di London tetapi pada tahun tu salji turun dengan lebat sekali. Sah-sah nak meraikan kedatangan aku berdua kat situ kan. Since gambar ni adalah gambar lama, maka sebab tu kelihatan agak usang sedikit.
Me and Azreen... di belakang tu adalah Founder's Building.. asalnya sebuah istana dan dijadikan milik universiti. Most of the lectures yang aku attend dibuat kat dalam bangunan nih.
Masa ni baru kahwin dan kiranya tengah honeymoon lah ni.. We married on August 2002 and then terus pergi ke London pada bulan September tahun tu jugak.

Nampak tak salji yang tengah turun tuh?
Sayang sungguh di Australia nih tak ada salji.. Kalau tak mesti aku dah belajar main ski.. Dulu masa aku berada di Jepun pada tahun 1995 pernah belajar main ski diajar oleh kawan aku orang Jepun. Fuh.. nampak macam senang jer main ski.. tapi susah dan sungguh memenatkan.

4 comments:
hayooo bulan madu di salji ghetuu.... ha aku ingat lagi lah masa tuh aku baru join tempat keja baru and u baru jer balik dari UK... bilik ko depan bilik aku.. kat umah kedai lagi masa tuh kan.. tapi rasanya umah kedai tuh lagi best... privacy sungguh kan kan?
Ha ah... walau pun bilik kat rumah kedai tu sempit tapi mesra.. hehe..
wah...bestnya!
sekarang masih pandai main ski ke? ;p
:)
entah ler tatau pandai lagi ke tak.. Lama tak main sejak thn 1995 dulu.. dah berkarat dah...
Post a Comment