Friday, 30 May 2008

Intimately Beckham

Baru-baru ni aku telah membeli satu perfume baru. Aku ni pengguna perfume yang very versatile. Normally I will not buy the same perfume each time I need to buy a new one. Setiap kali perfume habis, aku akan beli yang baru dan kebiasaannya aku suka mencuba pelbagai jenis dan jenama yang berbeza. Kali ni aku membeli perfume 'Intimately Beckham'. I am pretty sure this perfume couldn't be found anywhere in Malaysia as I've never seen this perfume before. Please correct me if I were wrong. I like the smell of this perfume. Harganya pun berpatutan sepadan dengan kualitinya. If you want to know how the smell of David Beckham's body is, just come to me and sniff my body but please don't lick it.. wakakaka..

This is for men, but for women the color of the box is different... it is pink in color if I am not mistaken.


'dvb' which stands for David Beckham.

Thai Hutt - Lakemba

Last weekend selepas menghantar my mother in law, parents Sharifah dan family kak Zuhal dan Abang Zainol ke Sydney Airport untuk pulang ke Malaysia, aku sekeluarga bersama dengan Azlan and family dan juga Abang Azizul terus menuju ke Lakemba to have our lunch di Thai Hutt restorant atas cadangan Syed (husband Sharifah). Syed kata makan kat situ memang sedap, so kita orang pun pergi laa ke sana sebab belum pernah rasa makanan kat situ. Bila sampai ke restoran tu... wahh.. belum order makanan lagi dah rasa terbuka selera bila tengok tempatnya yang agak exclusive. Mmm.. kalau dah tempatnya pun nampak exclusive, takkan laa makanannya tak sedapkan...



Bila tengok kat menu yang disediakan aku terus jadi rambang mata... tak tahu mana yang nak dipilih sebab nampak semuanya macam sedap-sedap belaka. Tapi akhirnya aku makan makanan macam dalam snapshots di bawah ni. Fuhhh.. rasanya memang sedap gilerrrr.... Lebih sedap lagi bila abang Azizul yang belanja kita orang semua... ekekeke. Thanks abang Zizul. Terima kasih daun keladi lain kali belanja lagi... Semoga dimurahkan rezki...

Nasi goreng ayam. Macamana nak dapatkan resepi nasi goreng nih?

Aku tak perasan apa nama menu ni. Tapi macam ayam percik aja.

Tomyam ayam. Kalau pergi restoran Thailand tapi tak makan tomyam memang sangat merugikan.

Thursday, 29 May 2008

Pulang ke Malaysia

Apa??? Pulang ke Malaysia??? Tapi jangan salah sangka bukan aku yang pulang ke Malaysia tetapi my mother in law, parents Sharifah Masitah dan Kak Zuhal sekeluarga yang pulang ke Malaysia. Semuanya pulang pada hari yang sama dan flight yang sama. Mereka pulang pada 25 Mei yang lepas. Aku sekeluarga mendoakan agar mereka semua sihat, dipanjangkan umur dan dapat lagi kita berjumpa di lain waktu. Insyaallah...

My mother in law (kiri) dan ibu Sharifah(kanan)


Dari kiri: Kak Zuhal dan anak-anak, Sharifah Masitah and her new-born baby, Azreen (my wife and our children), my mother in law dan Sharifah's mother.




Jet Star - Flight yang membawa mereka pulang ke Malaysia. Kalau sesiapa nak datang Australia dinasihatkan naiklah flight ni... sungguh menjimatkan.. Tapi makanan kena bawak sendiri laa yer.

Flight tengah menunggu penumpang. Bakal berlepas sebentar lagi.


Other flights yang juga bakal berlepas.

Sunday, 18 May 2008

Pralines - Coklat dari Belgium

Apa benda pulak Pralines ni? Laa coklat rupanya!!! Hari ni masa aku pergi jalan-jalan di Crown St. Wollongong, aku ternampak coklat ni yang berasal dari Belgium. Bila ternampak coklat ni terus aku teringat semasa aku berada di Bruge di Belgium pada tahun 2003. Tempat tu sungguh cantik dan banyak kedai-kedai yang membuat dan menjual coklat di situ. Berbagai coklat yang pelik-pelik dengan pelbagai bentuk yang tak pernah aku lihat terdapat di Bruge. Kiranya Belgium ni umpama syurga coklat.

Jadi bila aku ternampak coklat ni buatan Belgium dan harganya hanya AUD3.95, adakah patut aku tidak membelinya?


Friday, 16 May 2008

Mee Bandung Muar Asli

Menu untuk lunch pada hari ni adalah Mee Bandung Muar Asli... Seperti namanya... this is the original recipe. Very the ala2 Mee Bandung di Jalan Abdullah di Muar tuh.. Sedaapp.. Bila makan mee bandung ni hilang segala tension study aku.

See.. ada udang, ada fish ball, ada sayur, ada daging dan yang paling aku suka sekali adalah telur yang half cook tu.

Mee bandung ni kalau tak kena gaya tak jadi. Dari dulu aku cuba dapatkan resepi yang original, tapi susah sangat nak dapat. Bila buat susah nak dapat rasa yang asli. But this time aku dah dapat secret resepi tersebut.

Nak tahu tak resepi mee bandung ni? You can send me an email for the recipe... hehe..

Ni dia.. dah siap pun

Friday, 9 May 2008

Blue Mountains - Katoomba

Weekend lepas aku sekeluarga dan famili abang Zainul pergi ke Blue Mountain yang lokasinya dari rumah kami mengambil masa selama 2 jam 19 minit untuk tiba mengikut GPS aku laa. Bagi aku tempat ni sesuai bagi sesiapa yang sukakan sesuatu yang adventure. Kalau nak melawat semua tempat di Blue Mountain ni dalam masa satu hari, memang tak boleh cover ke semuanya sekali.

Masa kami pergi ke sini, kami hanya sempat lawat sebahagian kecil saja dari semua tempat yang ada. Ada banyak aktiviti yang tak sempat kami lakukan ketika itu kerana.. as you know I got three small kids. Kalau aku datang sorang kat situ, huh.. dah lama dah aku turun gunung tu sampai ke bawah... lalu ikut jambatan gantung (rasanya macam ada), lakukan bushwalking hingga ke The Three Sisters, masuk gua etc. Tapi tak apa.. aku akan pastikan suatu masa nanti aku akan dapat lakukan semua itu sebelum aku pulang ke Malaysia. Bila aku dah lakukan semuanya itu, sudah pasti akan ada entri mengenainya nanti... Just a matter of time only. So macam biasa.. kalau pergi ke tempat2 macam ni, ambil gambar dah jadi macam "fardhu ain" bagi aku. So ini adalah sebahagian gambar yang aku sempat ambil pada waktu itu.

Seperkara yang aku nak bagi tahu pada semua pembaca, daya tarikan di Blue Mountain ni sebenarnya tak boleh digambarkan oleh foto2 yang diambil. You need to be there physically to get the actual feel. As I said earlier, tempat ni sesuai untuk orang yang sukakan sesuatu yang adventure dan bukan hanya setakat nak lihat pemandangan sahaja. You must communicate with the environment through various of activities. Otherwise you'll not get the feel of being in such places.

Pemandangan di Echo Point.


Another snapshot at the Echo Point.


Aborigine - a member of the race of dark-skinned people who were the first people to live in Australia.


Sebahagian pelancong yang sibuk mengambil gambar.


The Blue Mountains.

Aku ada lihat satu gambar di souvenir shop tentang tempat ni semasa kabus tebal. Memang cantik sekali. You will see the Three Sisters dan kemudian ada liputan awan yang luas dibawahnya. Maybe kalau datang waktu pagi masa summer mungkin dapat lihat kot sebab kabus akan berlaku bila berlaku pertembungan udara panas dan sejuk.

The Legend of the Three Sisters

Three Sisters ni sebenarnya ada lagenda yang tersendiri. The Three Sisters ni mengikut lagenda adalah tiga orang adik beradik perempuan yang sangat rupawan bernama Meehni, Wimlah dan Gunnedoo yang tinggal di dalam puak Gundungurra di Jamison Valley. Ketiga-tiga adik beradik ni telah jatuh cinta dengan tiga orang lelaki dari puak yang lain iaitu puak Daruk, tetapi perkahwinan antara dua puak yang berbeza adalah tidak dibenarkan di dalam adat mereka.

Ketiga-tiga lelaki yang dari puak Daruk itu merupakan pahlawan-pahlawan dan telah mengambil keputusan untuk membawa lari ketiga-tiga Meehni, Wimlah dan Gunnedoo secara paksa. Maka tercetuslah peperangan antara kedua-dua puak tersebut. Peperangan tersebut telah memaksa Kuradjuri iaitu seorang ahli sihir bagi puak Gundungurra untuk menukarkan ketiga-tiga adik beradik perempuan tersebut menjadi batu. Niatnya adalah untuk mengembalikan mereka kepada asal sebaik sahaja tiada lagi bahaya peperangan dan peperangan telah berakhir. Tetapi malangnya Kuradjuri telah terbunuh di dalam peperangan tersebut dan sehingga hari ini tiada siapa yang boleh memecahkan sihir tersebut untuk mengembalikan ketiga-tiga adik beradik perempuan itu kepada asal. Begitulah dongengnya...

The Three Sisters - Meehni, Wimlah dan Gunnedoo but I wonder which is which. Perasan tak ada orang di celah rock yang paling kiri sekali? I wish to be there next time.


Katoomba Falls


Eh eh.. ada cable car kat celah pokok?


Ohh Skyway tu dari sini rupanya..


Orphan Rock


Mount Solitary and Jamison Valley




Blue Mountains National Park

Wednesday, 7 May 2008

Nostalgia 2003

Hari ni entah macamana waktu aku selongkar laptop aku, aku terjumpa dua gambar nih yang diambil pada bulan Januari 2003. Gambar ni mengingatkan aku semasa berada di UK di Royal Holloway, University of London sewaktu aku menyambung pengajian di peringkat master dahulu. Waktu nih musim salji. Dikhabarkan pada waktu tu dah 10 tahun salji tak turun di London tetapi pada tahun tu salji turun dengan lebat sekali. Sah-sah nak meraikan kedatangan aku berdua kat situ kan. Since gambar ni adalah gambar lama, maka sebab tu kelihatan agak usang sedikit.

Me and Azreen... di belakang tu adalah Founder's Building.. asalnya sebuah istana dan dijadikan milik universiti. Most of the lectures yang aku attend dibuat kat dalam bangunan nih.

Masa ni baru kahwin dan kiranya tengah honeymoon lah ni.. We married on August 2002 and then terus pergi ke London pada bulan September tahun tu jugak.

Nampak tak salji yang tengah turun tuh?

Sayang sungguh di Australia nih tak ada salji.. Kalau tak mesti aku dah belajar main ski.. Dulu masa aku berada di Jepun pada tahun 1995 pernah belajar main ski diajar oleh kawan aku orang Jepun. Fuh.. nampak macam senang jer main ski.. tapi susah dan sungguh memenatkan.

Monday, 5 May 2008

Sydney Aquarium

Yer.. seperti tajuk entri kali ini iaitu Sydney Aquarium. Tempat ni pun aku dah pergi beberapa minggu yang lalu bersama2 dengan Sydney Wildlife World. Rasanya kalau pergi ke Sydney esp. ke Darling Harbour kalau tak masuk ke Sydney Aquarium dan Sydney Wildlife world rasanya memang tak sempurna. Tempat ni agak besar dan luas. Nampak dari luar kecik jer.. tapi bila dah masuk.. fuh.. sampai bawah tanah pun ada aquarium. OK jom kita lihat sebahagian ikan dan haiwan laut yang terdapat di aquarium tuh.

Sharks!!! This photo was taken within a glass tunnel in Sydney Aquarium laa of course..


Jelly fish a.k.a obor-obor. Aquarium untuk jelly fish ni memang dibuat gelap dan dipancarkan cahaya merah. I think kalau keadaannya terang seperti aquarium lain tak ada siapa yang akan nampak jelly fish tu.. sebab warnanya terlalu jernih.


Kalau kat darat kita ada kuda belang, maka kat laut pula kita ada ikan belang..Abistu kalau kat darat kita ada kucing belang.. kat laut kita ada apa?


Dah lama tak tengok kuda laut. I think paling last aku tengok kuda laut ni masa aku sekolah tadika di Singapura dulu kalau tak silap. Ingatkan binatang ni dah pupus..mana laa tahu kan..


Cuba sebut laju2.. buaya, biawak, buaian (10x).. Haa.. tergeliat lidah..


Ikan ni aku tak tahu laa ikan apa.. tapi saiznya memang besar in real.


Ikan pari. Another snapshot taken within the glass tunnel.

Sunday, 4 May 2008

Wollongong Botanical Garden

Semalam waktu tengahari aku sekeluarga having our lunch di Wollongong Botanical Garden yang letaknya hanya 100 meters dari rumah aku. Sebenarnya agak lama aku sekeluarga tak ke situ walaupun garden ni dekat sangat dengan rumah kami. Lepas makan tengahari kami pergi jalan2 di taman ni untuk mengambil angin dan melihat tanam-tanaman di garden tu.

A sun clock. It was 3:45 pm when we started cruising in the garden.


An early sign of autumn.


I wonder what happen to these trees. Is this another sign of autumn?


Ni hah.. dah tentulah bunga ros, takkan bunga tahi ayam... hihi..


Mawar putih... ishh.. macam nick seseorang tu jer. Siapa agaknya yer.


Sun flowers.. I guess


Ni laa dia bunga lavender. Kalau pergi kedai cari pewangi rumah, biasanya bau bunga lavender ni very popular betul tak.


Ni rasanya species lavender warna putih. Eh betul ker aku nih.