Hai.. bocor lagi!!! Kan baru minggu lepas dah dibetulkan. Kali ni rasanya dah hampir sepuluh kali aku panggil maintenance untuk betulkan paip air dan shower kat rumah aku tu. The maintenance guy tu kata, apa yang dia betulkan hanya temporary saja... sebab kalau tak nak kasi bocor lagi kena pecahkan tembok tu dan gantikan the whole things kat dalam tembok tu dengan yang baru. Itu akan memakan belanja yang besar. But for me.. who cares? Tiap-tiap tahun sewa naik, tapi dari segi kualiti dia orang ni tak nak jaga pulak. Apa yang aku nampak dia orang hanya akan sanggup untuk tambahkan service baru yang boleh mendatangkan keuntungan lagi seperti internet line daripada melakukan renovation dan maintenance untuk keselesaan penghuni.


















