Wednesday, 30 January 2008

Aiman Kembali Bersekolah

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan Aiman setelah bercuti panjang lebih dari sebulan. Aiman bersekolah di Wollongong City Preschool di Wollongong City. Aku mula menghantar dia ke sekolah pada pertengahan tahun lepas. Jadi dah lebih enam bulan Aiman bersekolah di sini. Walaupun baru saja enam bulan dia bersekolah banyak improvement yang aku dapat perhatikan pada Aiman especially his English language skill. Walaupun belum fasih, tetapi dia boleh bercakap beberapa rangkaikata dalam bahasa Inggeris mengikut Aussie accent. Yeah... that's cute.

Since I am staying in New South Wales, I have to pay for his school fees. Tahun lepas aku kena bayar AUD20.40 sehari. This amount depends on our yearly income. Sebab tu aku cuma hantar dia 2 kali seminggu saja pada tahun lepas. Pada tahun ni aku tak tahu lagi berapa bayaran yang akan dikenakan as I am sending him three days per week for this year. Dia orang akan recalculate semula amount yang aku perlu bayar. Harap2 dia orang dapat banyak subsidi pada tahun ni dan kurang kanak2 yang dihantar ke situ... So kalau macam tu aku perlu bayar sikit saja... kalau tak.. mmm...

Aiman is going to school.


Inilah sekolah Aiman.


Tengok macamana rupa dia bila aku lambat ambik dia... heheh.. sorry.


Tahun depan usia Aiman 6 tahun dan bermakna dia akan mula ke primary school. Untuk ke primary school aku dimaklumkan I need to pay about AUD4500++ per year bagi yuran persekolahannya. Itulah padahnya kalau tinggal kat New South Wales ni. Tapi bagi kawasan selain dari New South Wales spt Victoria, Queensland etc, yuran persekolahan percuma diberikan bagi foreigner macam aku ni. Aku mendapat tahu staf dari UIA dan UPM yang sambung belajar di kawasan NSW ini, majikan menanggung yuran persekolahan anak staf berkenaan. Jadi nampaknya aku pun akan cuba juga laa menuntut bayaran yuran berkenaan dari majikan aku... boleh tak Aiman? Aiman tak kesah...

Saturday, 26 January 2008

Happy Birthday Rose Aliyah!!!

Hari ini 26 hb Januari 2008 adalah Australia Day dan hari ini juga adalah harijadi Rose Aliyah binti Shekh Faisal yang ke-tiga tahun. Dia dilahirkan pada waktu pagi ketika matahari sedang naik iaitu pada 15 hb Zulhijjah 1425 ketika bulan betul2 mengambang penuh. Anak papa dah makin besar sekarang... papa tak sedar Aliyah dah besar... Aku rindu sangat saat2 dia masih bayi... dia tak pernah meragam ketika bayi. Aliyah ni satu2nya anak aku yang lahir menerusi pembedahan. Keistimewaan Rose Aliyah ialah dia ada birth mark kat bawah dagu sebelah kanannya. She also a very fast learner, petah bercakap dan pandai ambil hati nenek dia.








The Evolution of Rose Aliyah


Gambar Rose Aliyah yang terkini.


Cuba teka kek ni siapa yang buat? Apa? Mama yang buat? Bukan... papa yang buat tau!!!


The birthday girl Rose Aliyah.


)

Friday, 25 January 2008

Sea Cliff Bridge (Grand Pacific Drive)

Ok entri pada hari ni adalah tentang Sea Cliff Bridge yang menjadi gilaan aku selama ni.. Tapi yang aku geramnya aku tak boleh nak snap view yang betul2 cantik sebab terlalu sukar nak dapatkan position yang betul2 bagus... unless dapat naik helikopter baru dapat position yang benar2 bagus.

Aku dah puas merayap dari satu bukit ke satu bukit nak cari tempat yang boleh lihat view dari atas ke arah sea cliff bridge ni.. tapi memang tak ada... melainkan aku terpaksa menceroboh masuk dalam kawasan rumah orang. Aiyoo... tak rela aku digelar tresspasser semata2 nak dapatkan view yang cantik.

Anyway aku terpaksa pinjam dua gambar dari tourismwollongong.com.au nak tunjukkan betapa cantiknya Sea Cliff Bridge ni.. dan yang lainnya aku snap sendiri gambar dari atas bridge tu.. Tapi kalau korang double click kat gambar view dari Stanwell Park dalam entri yang lepas, korang akan nampak Sea Cliff Bridge ni dari jauh.

Nah.. ni dia position yang aku cari... tapi tak jumpa. Janganlah sesiapa verangan nak snap sendiri nak dapatkan view macam ni... Kalau ada sesiapa yang kata berjaya snap gambar ni tanpa naik ALIF KAF TA... jangan percaya... itu semua tahyul.. So foto ni aku pinjam dari tourismwollongong.com.au


Ni gambar kedua yang jugak aku ambil dari tourismwollongong.com.au.


OK foto yang aku ambik sendiri bermula dari sini.


Foto yang aku snap sendiri dari atas bridge tu. Kamera pun tak power... so ni laa setting terbaik yang berjaya aku dapatkan. Bila laa aku dapat beli Olympus DSLR E-510 tu ek.


Sea Cliff Bridge Scenic Lookout.


Jalan ke depan sikit dan zoom in.


Sebab cliff ni selalu gugurkan batu dari ataslah maka dibinanya bridge ni. Masa kecik2 dulu selalu verangan nak buat rumah atas cliff menghadap laut.. sebelah rumah ada rumah api.. hihihi... tapi kat Malaysia mana ada sea cliff.


View dari bridge ke laut di bawah. Aku rasa macam nak terjun jer dari bridge tu mandi dalam laut tu.

Thursday, 24 January 2008

Cordeaux Dam

Hari ni aku nak perkenalkan satu tempat yang agak terpencil sikit di Wollongong ni.. iaitu Cordeaux Dam... Tempat ni letaknya half way dari Wollongong ke Picton. Tempat ni sesuai untuk picnic... tak ramai orang dan ada sikit privacy.

Lake Cordeaux.


The dam from one side.


The dam from the other side.


Ini bukan The Great Wall in China.




Walking on the dam. Aku suka sangat gambar ni sebab aku nampak ada elemen kemanusiaan yang very natural kat foto ni. Tatau ler orang lain leh nampak ke tak?

Wednesday, 23 January 2008

Badariah and Anang

Semalam aku menerima kunjungan rakan sekerjaku di Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di Melbourne - Badariah (RMIT) and his husband Anang (Monash). Mereka berdua datang ke Wollongong sebab Anang ada conference kat UoW ni.

Berdiri di kiri Anang, duduk Azreen and our children dan berdiri di kanan Badariah.


Semalam masa Bad ke rumah kami, Bad ada minta resepi kuih bakar pada my wife, so kat sini aku sertakan resepi tersebut khusus untuk Bad dan semua pembaca blog ni, originally resepi yang diberikan oleh Kak Zuhal one of our close friends di UoW ni.



KUIH BAKAR

Bahan-bahan

1/2 cawan pandan juice (kalau tak ada gunakan creamy evaporated milk i.e. susu carnation)
1 1/2 cawan santan
3 biji telur
3/4 - 1 cawan tepung
3/4 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
pewarna hijau
biji bijan (sesamee seeds) - goreng tanpa minyak

Cara membuatnya

i. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar.
ii. Tuangkan dan tapiskan adunan ke dalam bekas/acuan.
iii. Tabur biji bijan di atas adunan.
iv. Bakar dalam oven 180 degree celcius selama 1 hingga 1 1/2 jam.

Note: Boleh gantikan santan dengan susu segar dan boleh gantikan air daun pandan dengan esen pandan.

Thursday, 17 January 2008

AT 80 NF

Akhirnya dapat jugak aku beli kereta baru... Mitsubishi Nimbus 2.0 liter. Aiyoo... it cost me AUD 4000 to buy this car. Well... this is the cheapest car yang aku jumpa dengan ciri2 yang aku nak... Kereta ni aku beli kat kedai... kat Campbelltown tak jauh dari Western Sydney. It took about 1 hour to get there. Thanks to Azlan and Suzana dan tak lupa jugak pada anaknya Azra Sofi.. yang tolong bawak aku ke sana sebanyak 2 kali untuk dapatkan kereta ni. Jasamu akan tetap ku kenang..

My new car reg. no AT 80 NF


Ok bila cakap pasal beli kereta ni aku teringat joke sorang professor yang ajar aku subjek Etika Professional masa aku undergraduate dulu.. Dia kata bila bercakap soal nilai... lain bangsa ada nilai tertentu yang dilihatnya. Sebagai contoh di Malaysia bila membeli kereta majoriti orang Melayu, Cina dan India akan menilai sesuatu kereta tu dari aspek berbeza2.

Bagi orang Melayu, bila hendak membeli kereta perkara yang akan ditanya... "Kereta ni jimat minyak tak?". Yer laa.. sebab dari segi ekonomi... orang Melayu ni biasanya berpendapatan sederhana dan bekerja makan gaji... jadi orang Melayu lebih suka berjimat cermat dalam berbelanja.

Bagi orang Cina pulak bila hendak beli kereta perkara yang akan ditanya... "Ini keleta belapa laju boleh pigi???" Sebab orang Cina ni kerja dia berniaga... so dia perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan cepat... kalau tidak dia akan hilang customer... Sebab tu kita lihat ramai org Cina pakai kereta2 seperti BMW dan Mercedes Benz.

Bagi orang India pulak bila hendak beli kereta perkara yang akan ditanya... "Berapa ramai orang boleh masuk dalam ini kereta???" Sebab orang India kebanyakannya tinggal jauh di dalam ladang2 dan estet2... so bila mereka nak keluar pergi bandar, mereka akan keluar beramai2 dalam satu kereta... Kalau boleh sampai atas bumbung kereta pun dia orang nak naik. Kalau naik motorsikal, suami tunggang motor, isteri duduk belakang, sorang anak duduk kat tengah2, sorang duduk depan suami dan sorang duduk belakang isteri. Kalau kat negara India kita lihat sampai atas bumbung keretapi pun ada penumpang... masya Allah!!!

Please don't be misunderstood. Aku ni bukan racist... this is the reality and it reflects me actually.

So what is the moral of the story???

Dalam entri yang lepas, aku ada cerita pasal kereta aku Suzuki Swift 1.3 (alhamdulillah kereta ni dah pun berjaya dijual dengan harga AUD 2500 pada sorang Malaysian student yang baru sampai). Yes, of course kereta 1.3 ni jimat minyak... so it reflects that pada ketika tu aku ni memang Melayu sejati..dan itulah nilai yang aku lihat pada kereta itu... Apa2 saja mesti nak pikir pasal berjimat cermat.

But now.. aku beli kereta yang lebih besar 7 seat supaya lebih ramai orang boleh naik kereta aku ni... so kali ni aku dah jadi macam orang India... Aku menilai kereta baru aku dengan melihat berapa ramai aku boleh sumbat dalam kereta aku tu... kalau ramai sangat saudara mara aku nak datang dari Malaysia dalam satu masa... so terpaksalah dia orang duduk atas bumbung kereta aku nih... hehehe... Jadi tak bolehlah kata aku ni racist sebab aku pun macam tu.

Jadi kalau aku nak jadi org Cina, aku kena beli kereta BMW atau Mercedes Benz kat sini utk bawak balik Malaysia laa... aiyoyooo tambi... mana mau cari duit???!!!

Tuesday, 15 January 2008

My Suzuki Swift

Entry hari ni aku nak tunjuk kereta yang aku dah gunakan sejak 6 bulan lepas. Aku pakai kereta Suzuki Swift model 1996, manual, 1.3 liters. Walaupun usia kereta tu dah lebih 10 tahun, tapi dari kilometernya baru 134,000++ masa aku beli dan kini 138,000++... so baru 4000 kilometer aku guna. Aku beli kereta ni dari seorang Aussie yang tinggal kat Shellharbour. Dia jual kat aku harganya AUD2350 saja... mmm memang murah... tapi banyak yang rosak... ekzos, tayar, brek dan alignment. Dah pulak tu rego pun dah nak kena tukar 2 bulan lepas aku pakai. So belanja keseluruhan AUD3000++. Everything is ok... aku sayang kereta ni... tapi sikit masa lagi aku terpaksa jual kereta ni sebab nak cari kereta 7 seat supaya senang nak bawa saudara-mara aku yang nak datang sini dari Malaysia nanti. Yer laa... anak aku pun dah tiga orang duduk kat belakang dan aku ngan wife aku kat depan... mana nak sumbat orang lain kan.. The current market price with the same spec is between AUD2800 - AUD2990. So aku bercadang nak jual AUD2700...dengan rego ada 7 bulan lagi dengan tiada bahagian yang perlu direpair.

Yeah... this is my baby.


I feel so sad to let you go baby.


Siapa yang tak beli kereta ni memang menolak tuah... sebab kereta ni banyak memberi tuah kat aku... hihihi


Front seat


Back seat.

Sunday, 13 January 2008

Northbeach

Northbeach di Wollongong ni tempat yang sesuai untuk pergi jalan-jalan dan melakukan aktiviti riadah pada waktu petang.

Ada dua rumah api kat sini.


Nun jauh di sana tempat orang berkelah dan mandi-manda.


Rock pool di tepi pantai. Kalaulah kat Northbeach ni boleh nampak sunset... sure lagi cantik gambar ni... nampak matahari, kapal dan rock pool.. betul tak.


The rock pool in panoramic view.


Eeee... apa ni? It is a type of seaweeds I think.

Friday, 11 January 2008

University in the Forest

Inilah antara pemandangan yang sempat aku snap yang boleh dilihat di dalam universiti aku... University of Wollongong.

Bangunan2 didirikan di celah2 hutan... suasana hutan dikekalkan... dan bunyi unggas sentiasa kedengaran.


Macam nilah rupanya teratai layu di tasik madu.


Burung ni pun ada kat sini... nampak macam seagull tapi kecik sikit dan tinggal kat air... nak confirm leh tanya kat Malim Kundang... hihihi.


Tapi yang ni aku pasti memang itik... kuek..kuek..kuek.


Kat kolam nilah tempat tinggal dua ekor haiwan tu.

Thursday, 10 January 2008

Ma'al Hijrah 1429

Aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1429 kepada semua kaum muslimin di mana saja mereka berada... semoga tahun yang baru ini membuka satu lembaran baru yang lebih baik bagi kita semua. Amin.