Yer.. seperti tajuk entri kali ini iaitu Sydney Aquarium. Tempat ni pun aku dah pergi beberapa minggu yang lalu bersama2 dengan Sydney Wildlife World. Rasanya kalau pergi ke Sydney esp. ke Darling Harbour kalau tak masuk ke Sydney Aquarium dan Sydney Wildlife world rasanya memang tak sempurna. Tempat ni agak besar dan luas. Nampak dari luar kecik jer.. tapi bila dah masuk.. fuh.. sampai bawah tanah pun ada aquarium. OK jom kita lihat sebahagian ikan dan haiwan laut yang terdapat di aquarium tuh.
Sharks!!! This photo was taken within a glass tunnel in Sydney Aquarium laa of course..

Jelly fish a.k.a obor-obor. Aquarium untuk jelly fish ni memang dibuat gelap dan dipancarkan cahaya merah. I think kalau keadaannya terang seperti aquarium lain tak ada siapa yang akan nampak jelly fish tu.. sebab warnanya terlalu jernih.

Kalau kat darat kita ada kuda belang, maka kat laut pula kita ada ikan belang..Abistu kalau kat darat kita ada kucing belang.. kat laut kita ada apa?

Dah lama tak tengok kuda laut. I think paling last aku tengok kuda laut ni masa aku sekolah tadika di Singapura dulu kalau tak silap. Ingatkan binatang ni dah pupus..mana laa tahu kan..

Cuba sebut laju2.. buaya, biawak, buaian (10x).. Haa.. tergeliat lidah..

Ikan ni aku tak tahu laa ikan apa.. tapi saiznya memang besar in real.

Ikan pari. Another snapshot taken within the glass tunnel.

7 comments:
aku rasa aquarium ni sama macam di Melbourne yer?...
Melbourne Aquarium ada tunnel gak kan. Tapi berapa bayaran masuk? Mahal tak? Aku masuk sekeluarga - 3 adults and kids AUD168... Adult ticket for both wildlife world dan aquarium - AUD48. Aku rasa Sydney lagi mahal kan compared to melbourne?
ha mmg mahal.. melbourne klu conssession dalam 24 ker 18 bucks macam tuh.. lupa dah
Wahh...cantiknya tempat tu... dah macam aquaria pulak.... kalau macam ni dok sebulan pun tak habis jalan lagi kat sana kan...
beruangmadu: Kalau nak jalan kat ostolia nih.. bukan sebulan.. setahun pun lom tentu habis.. ostolia ni besar beb. Tapi harus ingat.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu dinegeri sendiri..
wah buaya pun ada?
Bestlah mesti lagiii besaw dari Aquaria kat KLCC tu.
:)
Eh eh.. kat KLCC dah ada aquarium ker? Sorry laa tatau lah.. sebab lama tak balik malaysia.
Post a Comment