Sunday, 24 February 2008

Darling Harbour

Hari ni aku satu famili bersama2 Azlan sekeluarga pergi jalan2 di Darling Harbour konon2nya nak tengok kapal Queen Victoria dan Queen Elizabeth yang ada di sini sejak semalam. Kedua2 kapal ni kiranya ala2 standard kapal Titanic. Tapi kita orang datang tak kena time... masa kita orang sampai situ yang ada hanya kapal Sun Princess... tapi kapal Queen Victoria dan Queen Elizabeth tak ada... Disebabkan masa tu kita orang ada banyak plan lain, so kita orang tak sempat nak tengok kedua2 kapal ni yang dikatakan akan berselisih pada waktu petang. Kapal Queen Elizabeth tu dengar citer tahun ni last dia berlayar mengelilingi dunia... Pastu dah tak ada lagi dah... sebab dah tua... setua Queen Elizabeth kat London tu kot.

Me, my wife and my kids


Sun Princess


Kapal perang dan submarine


Sydney CBD view from Darling Harbour


Lagi... Sydney CBD dari different point


Kalau nak pusing2 sekitar Darling Harbour, naik benda ni pun boleh


Lepas jenjalan di Darling Harbour, kita orang singgah sebentar ke Queen Victoria Building. Tak dapat tengok kapal Queen Victoria.. dapat tengok Queen Victoria Building pun jadilah.


Masa tengahari kita orang singgah ke sebuah Chinese Restaurant yang halal di Quay St. dan kat situlah kita orang bersantap... tapi rasanya...kira oklah... tapi aku rasa aku masak lagi sedap kot. Kalau aku bukak restoran sebelah restoran cina tu sure dia terlongkop. Dari cina tu elok2 speaking Aussie dengan aku... terus keluar bahasa ibunda maki aku... yap kim ngoi sam sam yap loi yap lai... ekekek.



Aku order Fried Noodles with Chicken


Manakala Azreen order this kind of noodle (entah apa entah namanya) with chicken

Saturday, 23 February 2008

My Birthday

Today is my birthday yang ke tut.. tut... Oops tak lahh.. I am just 17 yo... nak percaya.. percayalah... kalau tak nak percaya pun jangan percaya... hihihi.. OK malas nak citer panjang2... tapi aku dikejutkan dengan benda2 dalam gambar nih oleh my wife Azreen.

Me and my wife Azreen


Greeting cards from my wife and my children


My birthday cake yang dibuat sendiri oleh Azreen... thank you and I love you so much


Wow... Azreen masak soto pada hari ni to celebrate my birthday... mmm sedap


Guess what??? A birthday present actually... Hari tu aku macam teragak nak beli benda ni... sebab nampak cute... tetiba jer birthday aku... aku dapat benda nih.

Tuesday, 19 February 2008

Wollongong Uni. Discovery Day

Semester baru telah bermula. So minggu ni adalah minggu orientasi untuk student undergraduate di Wollongong Uni. Here is some snapshots yang aku sempat ambil untuk merakamkan suasana pada hari ni.

View dipersekitaran stalls.


Students crowd


One of the attractions


Free BBQ


BBQ Party


Lepak2 sambil bermain bola

Sup Kambing Singapura

Hari ni Azreen masak Sup Kambing Singapura, resepi yang di ambil dari mak aku. Mmm... sedapnya.



Resepi Sup Kambing Singapura

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging/tulang kambing - diperap dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Tomato sos
Cili sos
Kicap
Gula
Garam

Bahan A
1 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan kasar / jintan halus / lada sulah / lada hitam
- bahan A ni diblender sekali.

Bahan B
Kayu manis - 1
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya
1. Tumiskan bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan A dan ditumis hingga garing.
3. Masukkan daging kambing dan sedikit air dan direbus hingga daging empuk.
4. Masukkan sos tomato, kicap, gula, garam dan cili sos secukup rasa.
5. Masak sehingga sup agak pekat.

Sunday, 17 February 2008

Global Positioning System (GPS) and Sydney

Semalam aku telah membeli GPS yang baru di Harvey Norman. Sebab sekarang ni tengah ada promotion then mahu tak mahu aku pun beli jugak laa GPS Tomtom model One XL. Dengan promotion ni aku dapat free map untuk tahun 2008 yang akan keluar pertengahan tahun ni.

Say "Yes" to GPS and "No" to conventional map


Aku cuba tengok brand lain... but still this is the only option I have sebab yang lain tu tak ada promotion. Tujuan aku beli GPS ni supaya senang aku nak gi jenjalan ke mana saja tanpa risau jalan yang aku ambil tu betul atau tidak. Aku pun tak perlu menerima jawapan yang meragukan bila tanya "Ni belok kiri ke kanan?" dan jawapannya "Entah!" while you kena buat decision serta merta. You can always avoid tolls dengan GPS as toll kat Sydney memang bersepah... dan tatau jalan mana yang ada tol dan jalan mana yang tak ada tol. Kalau guna map biasa.. very risky. Banyak plan yang tertangguh sebelum aku beli GPS ni sebab tak familiar dengan jalan.

Jadi sebaik saja aku beli GPS tu, pada belah malamnya aku satu famili terus pergi ke Sydney jenjalan di Opera House berpandukan GPS baru aku tuh...

Sydney Opera House


View di persekitaran Opera House

Thursday, 14 February 2008

Ayat-Ayat Cinta

My wife Azreen suka sangat baca novel nih... Dia kata novel ni terlalu best sangat.. tak terkata. Tapi aku tak baca lagi novel nih. Cerita dalam novel ni dah keluar movie pun.. tapi tatau ler kat Malaysia dah sampai ke belum cerita nih. Tak ada ker yg sudi poskan novel ni dan dvd movie tu kat aku yang jauh di perantauan nih?

Novel Ayat-ayat Cinta


Movie Ayat-ayat Cinta


Ayat-ayat cinta - Trailer 1


Ayat-ayat cinta - Trailer 2


Lagu Ayat2 Cinta nih abang tujukan khas untuk Aren.. Aren banyak berkorban untuk abang.. sayang Aren.. mmuahhh..

Sejambak bunga untuk Aren


Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud

Tuesday, 12 February 2008

Rasa macam muffin ek?

Yer... lagi tentang makanan. Hari ni Azreen buat vanilla muffin ala2 Kenny Rogers punya muffin.. Tapi Kenny Rogers punya muffin bentuk dia empat segi.. tapi yang ni bulat. Tatau ler Kenny Rogers punya muffin tu memang standard ker bentuk dia empat segi?



Muffin ni ada cerita tersendiri dalam famili aku. Masa aku pergi Spain in 2002 waktu stay kat rumah kawan uncle aku, Michael, kat Barcelona, masa memula sampai tu Michael hidangkan kita orang dengan muffin. Masa makan muffin Azreen boleh tanya kat aku.. "eh eh.. rasa macam muffin ek?". Lepas tu aku jawab "Memang laa muffin!!!". Aku sampai sekarang tertanya2 motif pertanyaan dia tu. Nak kata dia tak kenal atau tak pernah makan muffin tapi dia tahu pulak rasa muffin macam mana. Sampai sekarang misteri pertanyaan tu masih belum terjawab.. apa sebenar motif pertanyaan dia tuh? Hihihi..

Sunday, 10 February 2008

Hidangan Nasi Lemak

Pagi ni aku sekeluarga makan nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Nasi lemak masakan Azreen.


Timun, ikan bilis, kacang goreng dan telur rebus.


Bila makan nasi lemak ni aku teringat pantun melayu lama yang berbunyi

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan


Amboi amboi amboi... kadang-kadang ajaran orang2 tua ni bukannya betul sangat pun. Sanggup buang emak buang saudara mara kerana cinta. Apa ko nak jadi macam si Tanggang??!! Tu ler pasal, bila ramai remaja lari dari rumah ikut kekasih hati siapa nak di salahkan? Ajaran siapa? Kadang2 orang kita ni lebih berpegang pada adat resam dari ajaran agama. Ingat ler... syurga di bawah telapak kaki ibu... Sanggupkah kita tidak dapat mencium bau syurga semata2 kerana cinta? Nauzubillah...

p/s: Teringat masa kecik2 dulu bila mak aku kata syurga di bawah telapak kaki ibu, terus lepas tu aku pergi belek tapak kaki emak aku.. wakakakaka.. Sabau jer ler...

Lagi Tentang Wollongong Harbour

Hai... aku sekarang ni dah mengalami kebosanan tahap cipan... Lagi2 nak snap gambar kat Wollongong Harbour ni. Tapi tak apa lah.. sebab kali ni aku nak tunjukkan snapshot Wollongong Harbour menggunakan digital compact camera aku menggunakan setting yang berbeza.

Wollongong Harbour di waktu petang.


Jeti di Wollongong Harbour

Thursday, 7 February 2008

Today's Featured Recipe

Hari ni aku nak memperkenalkan satu resepi masakan yang dihidangkan sewaktu Malim Kundang datang menziarahi aku sekeluarga. Resepi ni khas aku tujukan pada Malim Kundang dan pengunjung blog ni. Nama masakan ni pun aku tak tahu... pelik kan... tapi rasanya... mmmm... sungguh menyelerakan. Oklah.. aku kasi nama resepi ni Daging Masak Bali. Masakan ni sesuai dimakan bersama nasi serai... tapi kalau makan dengan nasi biasa pun boleh jugak. Nasi serai??? Haa... resepi tu kemudian nanti aku akan introduce kan jugak. Resepi nasi serai ni originally berasal dari my famili... begitu jugak masakan ni. Korang boleh cari masakan ni di serata tempat... and you'll never find it... as this is our original recipe.

Mmmm... sedapnyaaa... Maaf yer puji diri sendiri nih.. hihi.


DAGING MASAK BALI

Bahan-bahan:

1 kilo daging dipotong lebar2 dan nipis2 dan diperap dengan kicap dan gula selama 2 jam di dalam mangkuk.
2 biji bawang besar dihiris halus.
2 biji tomato dibelah 4
3 biji kentang dipotong epal dan digoreng.
1 tangkai daun kari
3 sudu besar cili boh atau serbuk cili.

Bahan A
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji bawang besar
- kesemuanya dikisar halus bersama2.

Bahan B
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara membuatnya:

1. Masukkan minyak secukupnya di dalam kuali.
2. Tumis bahan A.
3. Masukkan bahan B dan tumis hingga garing.
4. Masukkan daun kari.
5. Masukkan cili boh dan tumis hingga garing.
6. Masukkan bawang hiris.
7. Masukkan daging yang diperap bersama kicap dan dimasak sampai empuk.
8. Masukkan sedikit sos tomato, gula dan garam.
9. Akhir sekali masukkan buah tomato yang telah dipotong dan kentang yang telah digoreng.

Wednesday, 6 February 2008

I Got an Award!

Aiyoo.. aku hari ni dapat award dari Rozie (Mama Vogue). Thank you so much.



Oh saya rasa begitu terharu dengan anugerah ini. Tak sia-sialah usaha saya selama ini... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para komposer, peminat2 saya, rtm, tv3 dan tak lupa juga kepada Astro dan Hotlink yang banyak menyokong saya selama ini... Tanpa anda semua siapalah saya... Uhuk..uhukk... saya nak nangis..

Ke Sydney bersama Malim Kundang - Second Day

Ok.. on the second day, sebelum bertolak balik, aku dan Malim Kundang sempat pergi membeli belah di beberapa tempat di Sydney. Salah satu tempat yang kita orang pergi adalah Queen Victoria Building. Tempat ni kalau kat UK kira ala2 macam Harrods laa.. So disebabkan pada hari kedua ni bateri kamera aku dah nak habis, so aku hanya sempat snap beberapa gambar di QVB ni saja.

Queen Victoria Building view on the first floor... aiyoo... very royal gituhh..


View from the second floor.


See.. how nice it is.


Pukul 10:38 pagi.


Betalah Queen Victoria.

Tuesday, 5 February 2008

Ke Sydney Bersama Malim Kundang - First Day

Bermula dari Jumaat lepas aku bersama Malim Kundang pergi bercuti ke Sydney selama dua hari. Jadi di dalam entri ini aku ingin memaparkan sebahagian gambar yang aku snap menggunakan digital compact camera aku. Aku sempat belajar sedikit teknik fotografi dari Malim Kundang. Namun demikian aku rasa gambar yang aku ambil ni tak ler sehebat gambar yang di snap oleh Malim Kundang sendiri menggunakan DSLR kameranya.

Sydney Opera House dan Harbour Bridge


Sydney Harbour Bridge


Sydney CBD in panoramic view


Sydney CBD from different angle.


Ni dia kita orang punya lunch waktu hari pertama di sana... Seafood Fried Rice di Chilli & Rice Thai Cuisine