Friday, 31 October 2008

Mt Keira again...

Dah lama sebenarnya gambar ni diambil cuma mase tu takde siape yang rajin untuk mengusahakannya...hehehe...tapi bile 'seru' nak buat blog sampai...apa lagi saya pun laju je nak citer pasal Mt Keira ni...cantik tempatnya, ditambah pulak sejuk...hahaha...utk org yg nak berdating2 mmg amat sesuai sgtla...tapi utk yg dah berfamily pun sesuai jugak...sebab kat sini boleh jugak dijadikan tempat utk berpicnic...


Dari atas ni kite boleh nampak seluruh kawasan Wollongong dan sekitarnya...



See...kan saye dah kata tadi ade meja untuk berpicnic....last year we all sambut raya haji kat sinila..meriahla jugak cuma takla semeriah kat m'sia...huhuhu


Abang...abang tengok apa tuh....tgh carik rumah kite kat mane ker...hehehe



Inila budak tembam yang susah sangat nak ambik gambar dia...kalau tak pegang betul2 dah merata-rata dia lari...hehehe...geram tul tengok pipi dia kan.....

Dari kiri..Aiman, Alisha dan Aliyah

Nasi Ayam Ita-Itu

Dah lama betul blog ni kite biarkan ia bersawang...sian kan...kalaula dia boleh bercakap mesti hbis kite dah kene basuh kot...hahaha...okla sebenarnya sebelum ni faisal yang dok bercerita kat blog...tapi disebabkan dia semakin bz dan tak berkesempatan untuk meng-update blog ni maka saya sebagai isteri yg baik ini...hehehe...akan mengambil alih tugas dia...so untuk pertama kalinya utk berblog ini saya nak cerita apa yg saya masak untuk lunch hari ni...iaitu nasi ayam Ita-Itu...hehehe...sebenarnya nasi ayam ni resepi dari cik Ita...smlm saya dok teruja dengan nasi ayam dia kat blog...so apa lagi pagi2 lagi saya dah memulakan operasinya...akhirnya inila hasilnya...



Amacam ita...ok tak..? tapi saya rasa tentu awaknya lagi sedapkan...saya ni baru nak mencuba2 lainla awak yg dah expert tu...hehehe...tutup mata pun boleh masak (cayala...)



Ni pulak gambar timun dan tomato...kalau nak tahu faisal la yang tolong saya potong...baikkan dia...hehehe
okla ini pulak gambar nasi yang telah tersedia untuk di makan.....jom kite makan dulu....yum-yum..

Wednesday, 1 October 2008

1 Syawal 1429 Hijrah


Hidangan di pagi raya... Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, sambal ikan bilis, rendang ayam dan kuih muih.

Hari Raya tahun ni bagi aku lebih meriah dari tahun lepas di Wollongong. But of course laa raya kat sini tak laa semeriah beraya di Malaysia. So can you imagine macamana suasana beraya tahun lepas... langsung tak happening. Yer laa.. sebabnya masing2 lepas sembahyang raya, join gathering dan lepas tu masing2 terus cabut lari ke Sydney nak celebrate raya di Malaysian Hall... So ziarah-menziarahi dari rumah ke rumah bukannya menjadi agenda utama last year.

But for this year semua orang berkunjung dari rumah ke rumah... so suasana raya tu memang dirasai sangat.

Hidangan sewaktu gathering hari raya di botanical garden.

See... sebahagian juadah yang dah licin.


Alisha... sedang termenung mengenangkan nasib.... "Banyak tak agaknya icah dapat duit raya tahun ni ek?"... hehe





Crowd yang hadir sewaktu gathering... all Malaysian... Malay, Chinese and Indian.. tak kurang juga dgn Aussie.