Minggu lepas dari Rabu hingga Jumaat adalah Graduation Ceremony di University of Wollongong. Pada graduation ceremony kali ini, salah seorang rakan kami sekeluarga, i.e. the first Malaysian yang I kenal di Wollongong telah berjaya menerima Ijazah PhD di dalam bidang Engineering. Siapa lagi tak lain dan tak bukan... Kak Sam laa. I memang respect sangat kat dia sebab berjaya untuk mendapatkan gelaran doktor. You know why??? Even I am currently studying my PhD, aku sekarang dapat merasakan bagaimana peritnya pengajian peringkat PhD. Kadang-kadang nak rasa give up pun ada. Aku tak pernah rasa kepayahan seperti ini semasa aku berada dari peringkat diploma hinggalah master. I can't imagine macam mana Kak Sam boleh menempuh segala-gala kesukaran tu seorang diri di sini pada ketika itu tanpa ahli keluarga di sisinya.
Semasa Kak Sam mengunjung ke rumah kami, aku sempat bertanyakan serba sedikit pengalamannya especially mengenai eksperimen yang dilakukan dan saat-saat akhir menyiapkan thesisnya. Dari apa yang telah diceritakan kepada aku, satu saja perkara yang dapat aku simpulkan iaitu keperitan yang aku alami sekarang ini sebenarnya tidak sampai pun 1% dari apa yang telah ditempuhnya pada ketika itu. Nampak sangat Kak Sam benar-benar tabah.. that's why she really deserve to get her PhD. Aku rasa benar2 kagum dengannya dan amat berterima kasih sebab sanggup berkongsi pengalaman yang tak ternilai itu. Bagi aku dialah sumber inspirasiku.




