Tuesday, 30 September 2008

Esok Hari Raya!!!

Yeh!!! Yeh!!! Esok raya... Yeh!!! Yeh!!! Jadi sebab besok dah confirm raya, then hari ni aku sekeluarga sibuk membuat persiapan terakhir. Apa lagi... rendang ayam, sambal kacang dan ketupat. Bukan setakat tu saja... ada lagi yang akan aku tunjukkan bila yang lain dah siap nanti.. insyaallah.

Antara bahan2 yang diperlukan untuk buat rendang.

Preparing the kelapa goreng to make kerisik.

Lepas dah goreng kelapa tu... then kita tumbuk sampai keluar minyak. Lesung tumbuk tu telah diimport khas dari dapur mak aku sebelum aku datang kat sini.

Antara kerisik yang telah siap.

Masak rendang ayam ni sampai kering.

Dah siap pun rendang ayam nih... tapi belum cukup kering.

Kuah kacang pun dah siap dah... cuma tunggu nak makan jer nih.

Ketupat segera saja yang mampu dibuat sebab kat sini tak jumpa daun kelapa untuk buat ketupat.... Furthermore kalau ada daun ketupat pun aku tak reti nak anyam ketupat... ekekek.

Monday, 29 September 2008

Buat Kuih Raya

Beberapa hari kebelakangan ni aku telah melupakan sekejap tentang study. Aku berehat seketika untuk memberi laluan bagi persediaan hari raya. Jadi kalau aku tak study untuk beberapa hari ni apa yang aku buat? Haa apa lagi buat kuih raya laa dgn wife aku.

Kalau kat Malaysia dulu setiap kali nak raya mesti aku akan tolong mak aku buat kuih raya. But this time aku tolong my wife laa pulak. Seronok sebenarnya buat kuih raya nih... lebih-lebih lagi bila anak2 aku suka makan... lagi laa seronok. Rasa-rasanya ada tak perbezaan antara buat kuih raya sendiri dengan beli kuih raya yang dah siap di kedai? Kalau nak tahu perbezaannya, bagi sesiapa yang tak pernah buat kuih raya sendiri, korang boleh cuba buat sendiri dan korang akan tahu perbezaannya yang hanya korang sendiri dapat rasai dan nampak. Believe me!!! Bagi aku laa.. kalau beli kuih raya dah siap serupa macam tak raya. This is just my personal opinion.

Preparing the batter.


Ni dia dah siap pun adunan salah satu kuih raya.

Biskut gajus... using my mother recipe

Yang ni pulak adalah biskut arab... Bila my son tanya ni biskut apa... aku kata ni biskut Power Rangers... sebab ada pelbagai warna macam baju Power Rangers.

Biskut makmur... A.K.A biskut mickey mouse when I tell my kids... just to attract them to eat this biscuit.

Dan yang ini adalah biskut sarang semut. Tatau nak gelar nama apa when my kids tanya nanti... May be biskut Dorathy atau biskut Dora kot.. heheh..

Ni adalah sebahagian persiapan yang sempat aku rakamkan... more will come.

Saturday, 27 September 2008

Malam 7 Likur

Nothing much to say... The following photos illustrate what is it like during Malam 7 Likur in Wollongong.



Friday, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Haa... ni adalah kad raya yang aku bikin secara bidan terjun.... main tangkap muat jer. Nak buat canggih-canggih tak sempat nak fikir sebab aku tak nak buang tenaga pada otak aku untuk fikirkan sangat pasal raya nih. Daripada aku fikirkan tentang raya nih lebih baik aku fikirkan tentang study aku. Maklumlah dah setahun setengah aku kat Australia nih so paham2 jer laa... macam-macam tekanan aku hadapi sekarang nih. Sekarang nih kalau orang bercakap dengan aku, mintak maaflah kalau aku tak perasan apa yang dia cakap sebab otak aku tak sempat nak proses untuk tafsir apa yang orang cakap kat aku. Haa... itulah realiti keadaan aku sekarang nih.

Kalau korang tengok kat gambar kad raya bidan terjun aku dalam entri nih, korang perasan tak ada satu perkara pelik kat gambar tu. Agak2nya apa dia ek? Walau apa pun pada hari yang mulia ni, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin bagi semua umat Islam di mana sahaja samada yang mengenali ataupun tidak mengenali aku sekeluarga.

Tuesday, 23 September 2008

Birthday Aiman yang Kelima

Hari ini adalah harijadi Aiman yang kelima. Aiman ni kalau korang nak tahu sebenarnya made in London but assemble in Malaysia. Dah besar rupanya Aiman. Tahun depan Aiman akan mula bersekolah. Ada orang kata rupa Aiman ni macam papa dia. Tapi mama dia pulak perasan rupa Aiman macam rupa mama dia. Tapi Aiman kata.. "Aiman tak kesah". Apa komen korang semua.. rupa Aiman ni macam mama dia ker atau papa dia? Anyway walau rupa siapa pun yang dia ikut yang penting Aiman tetap hensem kan Aiman? "Aiman tak kesah".

Untuk harijadi yang kelima ni, Aliyah, Alisha, papa, mama, aunty dan antu ingin wish "Happy birthday to Aiman". Jom kita tengok gambar-gambar Aiman dari dulu hingga sekarang nih.








Perubahan Aiman dari usia satu tahun.

Birthday cake Aiman. Macam biasalah... siapa lagi yang buat kalau bukan papa dia. Mesti korang tak percayakan aku yang buat kek ni. Apa korang hengat orang lelaki tak pandai masak dan buat kek ker? Cuba tengok chef2 yang terkemuka.. mana ada orang pompuan jadi chef yang hebat.. semuanya lelaki. Amboi harus lepas ni mulut aku kena cili. Aku telah habiskan masa sepanjang petang dan malam nak buat kek ni.. pukul telur dan butter, masuk tepung, coco powder, susu dll. Akhirnya inilah hasilnya... kek spiderman.

Scooter - hadiah harijadi Aiman. Aiman dah dapat hadiah ni lebih awal sikit dari tarikh birthday dia sebab dia dah desperate sangat nak main scooter dia tuh.

Dari kiri Aliyah, Leena, Aiman, Alisha dan Aleeya.