Showing posts with label collectibles. Show all posts
Showing posts with label collectibles. Show all posts

Friday, 12 December 2008

Souvenir From Melbourne

Lepas dah puas kite nengok permandangan yang ade kat Melbourne tu mestila nak tahu kan apa yang Faisal beli untuk isteri dia yang tak ikut ni....hehehe....kalau uols perasan t-shirt yang kitaorg pakai masa hari raya haji yg lepas from Melbourne la tuh...kitaorg dapat sorang sehelai....cukupla kan...ade jugak kenang-kenangan dari sana....

Dan sempena birthday saya yang akan datang ni Faisal dah bagi siap2 presentnye...sebenarnya present ni saya yg wish....sebab nnti kalau dia beli benda yg saya tak guna nak buat apa kan....so mmg dah tahula hadiah apa yg dapat kan.....takde suprise2 pun.... hehehe...cuma saya tak tahu pattern apa yg Faisal pilih...terpulang pada dia...ikut taste dia la nih...


Inilah dia purse yang saya wishkan tu...from Guess.....maybe Faisal pilih sebab dia nak matchkan dengan handbag saya kot...hehehe...thanks ek bang..... :-)


FM ni pun saya wish jugak....hehehe...saya pun minat jugak kumpul FM nih...cam seronok je...kalau pegi mana2 pun pasti saya akan kirim benda ni....tak sampai tempatnye dapat FM pun jadikla kan....hehehehe...

Tuesday, 11 November 2008

Warehouse Clearance Sales

Okla hari sabtu kan saya pegi sydney....tujuan utama adalah untuk pegi ke warehouse clearance sale....ye la kan bile dengar je sale saper yang tak meroyan kan... sales pulak tu setahun sekali...harusla pegikan.....tapi sebelum tu faisal mmg malas nak pegi sebab dia kata tahun dpn ade lagi...tp setelah dipujuk rayu oleh saya....maka dia pun bersetujula....dan niat dihati kiteorg just nak beli teko ni je sebabnye set makannye kiteorg dah beli haritu.....


Nilah punce utama kami ke situ....konon2nye nak beli teko ni la....nampak cam besarkan....tapi takde pun....tp cantik punye pasal takpe la kan....huhuhu

Lepas dah pilih2 teko tu kitaorg pun pusing2la kat situ tgkla apa yang patut.....mak ai banyak sungguhla pattern dia kali ni...mau juling bijik mata nengoknye....kalau ikutkan hati semua2 nak...tapi manala mampu kan.....tetiba faisal kate apa kate kite beli satu set lain....hehehe...saya apa lagila kan umpama org mengantuk disorongkan bantal la kan....so dia pun belek2 la semua pattern yg ade dan akhirnye dia pilih la corak yang ini....Hampshire Platinum....so tengokla gambar2 ni ek...saya nk terang satu persatu pun tak reti....cuci2 mata je la.....


Set yang beli ni semuanya ade 20 pieces....teko pulak kene beli asing....so inila teko nye pulak....pun same je comel....




Sebenarnye mmg banyakla pattern yang lagi cantik2 tp ikut masing2 la kan...ade org minat yang gold, ade yang minat platinum.....tapi bagi saya apa2 pun ok je....sebab saya ni bukannye tahu sangat pasal pinggan mangkuk ni....mase kat m'sia pun tak pernah nak ambik tahu pun, bile dah duduk kat sini terasala pulak nak ade something yang bleh dibawa balik sebagai kenangan....itula yang kami beli....lgpun diorg kata harga dekat sini lagi murah berbanding kat m'sia....tak tahula tu....sebabnye kami ni pun cume pakai pinggan melamine je.....hehehe....

Sunday, 8 June 2008

Noritake Royal Baroque

Sekarang ni kat Australia tengah ada sale secara besar-besaran. Dengar khabarnya sales ni selama dua minggu. Jadi inilah masanya untuk aku mengumpul koleksi yang sukar untuk orang-orang kebanyakan memperolehinya di Malaysia. Atau dengan kata lain inilah masanya untuk aku cuba taste ala2 "Mak Datin"... wakaka.

Australia's biggest stocktake sale.

Jadi alkisahnya masa kami sekeluarga pergi membeli-belah semalam di Shellharbour, tiba-tiba kami ternampak set dinnerware Noritake. Hayoo... potongannya sehingga 70%. Noritake ni kalau kat Malaysia harganya sampai beribu-ribu ringgit. Kalau kat Malaysia memang tak akan aku beli laa. Memandangkan harganya di Australia ni tak laa semahal harga di Malaysia dan ada potongan sehingga 70% pulak tu, jadi rugi laa kalau kami tak beli kan.

Pada kebiasaanmya student-student yang study di oversea akan bawa balik kereta mewah ke Malaysia. But for me to buy a kereta mewah di Australia ni tak berbaloi kerana ia tidaklah semurah di UK dan diluar kemampuan aku. So kalau tak dapat kereta mewah, dapat pakai pinggan mangkuk mewah bersalut emas 24 carat pun jadi laa kan...


Set dinnerware yang kami beli ni dipanggil Royal Baroque (limited release).


Disebabkan kat Malaysia harganya pun dah sampai beribu-ribu ringgit, jadi kalau makan guna dinner set ni harus telan pinggan mangkuk sekali baru puas hati.

The whole set of Noritake Royal Baroque dinnerware.

Friday, 30 May 2008

Intimately Beckham

Baru-baru ni aku telah membeli satu perfume baru. Aku ni pengguna perfume yang very versatile. Normally I will not buy the same perfume each time I need to buy a new one. Setiap kali perfume habis, aku akan beli yang baru dan kebiasaannya aku suka mencuba pelbagai jenis dan jenama yang berbeza. Kali ni aku membeli perfume 'Intimately Beckham'. I am pretty sure this perfume couldn't be found anywhere in Malaysia as I've never seen this perfume before. Please correct me if I were wrong. I like the smell of this perfume. Harganya pun berpatutan sepadan dengan kualitinya. If you want to know how the smell of David Beckham's body is, just come to me and sniff my body but please don't lick it.. wakakaka..

This is for men, but for women the color of the box is different... it is pink in color if I am not mistaken.


'dvb' which stands for David Beckham.

Sunday, 17 February 2008

Global Positioning System (GPS) and Sydney

Semalam aku telah membeli GPS yang baru di Harvey Norman. Sebab sekarang ni tengah ada promotion then mahu tak mahu aku pun beli jugak laa GPS Tomtom model One XL. Dengan promotion ni aku dapat free map untuk tahun 2008 yang akan keluar pertengahan tahun ni.

Say "Yes" to GPS and "No" to conventional map


Aku cuba tengok brand lain... but still this is the only option I have sebab yang lain tu tak ada promotion. Tujuan aku beli GPS ni supaya senang aku nak gi jenjalan ke mana saja tanpa risau jalan yang aku ambil tu betul atau tidak. Aku pun tak perlu menerima jawapan yang meragukan bila tanya "Ni belok kiri ke kanan?" dan jawapannya "Entah!" while you kena buat decision serta merta. You can always avoid tolls dengan GPS as toll kat Sydney memang bersepah... dan tatau jalan mana yang ada tol dan jalan mana yang tak ada tol. Kalau guna map biasa.. very risky. Banyak plan yang tertangguh sebelum aku beli GPS ni sebab tak familiar dengan jalan.

Jadi sebaik saja aku beli GPS tu, pada belah malamnya aku satu famili terus pergi ke Sydney jenjalan di Opera House berpandukan GPS baru aku tuh...

Sydney Opera House


View di persekitaran Opera House

Thursday, 17 January 2008

AT 80 NF

Akhirnya dapat jugak aku beli kereta baru... Mitsubishi Nimbus 2.0 liter. Aiyoo... it cost me AUD 4000 to buy this car. Well... this is the cheapest car yang aku jumpa dengan ciri2 yang aku nak... Kereta ni aku beli kat kedai... kat Campbelltown tak jauh dari Western Sydney. It took about 1 hour to get there. Thanks to Azlan and Suzana dan tak lupa jugak pada anaknya Azra Sofi.. yang tolong bawak aku ke sana sebanyak 2 kali untuk dapatkan kereta ni. Jasamu akan tetap ku kenang..

My new car reg. no AT 80 NF


Ok bila cakap pasal beli kereta ni aku teringat joke sorang professor yang ajar aku subjek Etika Professional masa aku undergraduate dulu.. Dia kata bila bercakap soal nilai... lain bangsa ada nilai tertentu yang dilihatnya. Sebagai contoh di Malaysia bila membeli kereta majoriti orang Melayu, Cina dan India akan menilai sesuatu kereta tu dari aspek berbeza2.

Bagi orang Melayu, bila hendak membeli kereta perkara yang akan ditanya... "Kereta ni jimat minyak tak?". Yer laa.. sebab dari segi ekonomi... orang Melayu ni biasanya berpendapatan sederhana dan bekerja makan gaji... jadi orang Melayu lebih suka berjimat cermat dalam berbelanja.

Bagi orang Cina pulak bila hendak beli kereta perkara yang akan ditanya... "Ini keleta belapa laju boleh pigi???" Sebab orang Cina ni kerja dia berniaga... so dia perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan cepat... kalau tidak dia akan hilang customer... Sebab tu kita lihat ramai org Cina pakai kereta2 seperti BMW dan Mercedes Benz.

Bagi orang India pulak bila hendak beli kereta perkara yang akan ditanya... "Berapa ramai orang boleh masuk dalam ini kereta???" Sebab orang India kebanyakannya tinggal jauh di dalam ladang2 dan estet2... so bila mereka nak keluar pergi bandar, mereka akan keluar beramai2 dalam satu kereta... Kalau boleh sampai atas bumbung kereta pun dia orang nak naik. Kalau naik motorsikal, suami tunggang motor, isteri duduk belakang, sorang anak duduk kat tengah2, sorang duduk depan suami dan sorang duduk belakang isteri. Kalau kat negara India kita lihat sampai atas bumbung keretapi pun ada penumpang... masya Allah!!!

Please don't be misunderstood. Aku ni bukan racist... this is the reality and it reflects me actually.

So what is the moral of the story???

Dalam entri yang lepas, aku ada cerita pasal kereta aku Suzuki Swift 1.3 (alhamdulillah kereta ni dah pun berjaya dijual dengan harga AUD 2500 pada sorang Malaysian student yang baru sampai). Yes, of course kereta 1.3 ni jimat minyak... so it reflects that pada ketika tu aku ni memang Melayu sejati..dan itulah nilai yang aku lihat pada kereta itu... Apa2 saja mesti nak pikir pasal berjimat cermat.

But now.. aku beli kereta yang lebih besar 7 seat supaya lebih ramai orang boleh naik kereta aku ni... so kali ni aku dah jadi macam orang India... Aku menilai kereta baru aku dengan melihat berapa ramai aku boleh sumbat dalam kereta aku tu... kalau ramai sangat saudara mara aku nak datang dari Malaysia dalam satu masa... so terpaksalah dia orang duduk atas bumbung kereta aku nih... hehehe... Jadi tak bolehlah kata aku ni racist sebab aku pun macam tu.

Jadi kalau aku nak jadi org Cina, aku kena beli kereta BMW atau Mercedes Benz kat sini utk bawak balik Malaysia laa... aiyoyooo tambi... mana mau cari duit???!!!

Tuesday, 15 January 2008

My Suzuki Swift

Entry hari ni aku nak tunjuk kereta yang aku dah gunakan sejak 6 bulan lepas. Aku pakai kereta Suzuki Swift model 1996, manual, 1.3 liters. Walaupun usia kereta tu dah lebih 10 tahun, tapi dari kilometernya baru 134,000++ masa aku beli dan kini 138,000++... so baru 4000 kilometer aku guna. Aku beli kereta ni dari seorang Aussie yang tinggal kat Shellharbour. Dia jual kat aku harganya AUD2350 saja... mmm memang murah... tapi banyak yang rosak... ekzos, tayar, brek dan alignment. Dah pulak tu rego pun dah nak kena tukar 2 bulan lepas aku pakai. So belanja keseluruhan AUD3000++. Everything is ok... aku sayang kereta ni... tapi sikit masa lagi aku terpaksa jual kereta ni sebab nak cari kereta 7 seat supaya senang nak bawa saudara-mara aku yang nak datang sini dari Malaysia nanti. Yer laa... anak aku pun dah tiga orang duduk kat belakang dan aku ngan wife aku kat depan... mana nak sumbat orang lain kan.. The current market price with the same spec is between AUD2800 - AUD2990. So aku bercadang nak jual AUD2700...dengan rego ada 7 bulan lagi dengan tiada bahagian yang perlu direpair.

Yeah... this is my baby.


I feel so sad to let you go baby.


Siapa yang tak beli kereta ni memang menolak tuah... sebab kereta ni banyak memberi tuah kat aku... hihihi


Front seat


Back seat.