Sunday, 18 May 2008

Pralines - Coklat dari Belgium

Apa benda pulak Pralines ni? Laa coklat rupanya!!! Hari ni masa aku pergi jalan-jalan di Crown St. Wollongong, aku ternampak coklat ni yang berasal dari Belgium. Bila ternampak coklat ni terus aku teringat semasa aku berada di Bruge di Belgium pada tahun 2003. Tempat tu sungguh cantik dan banyak kedai-kedai yang membuat dan menjual coklat di situ. Berbagai coklat yang pelik-pelik dengan pelbagai bentuk yang tak pernah aku lihat terdapat di Bruge. Kiranya Belgium ni umpama syurga coklat.

Jadi bila aku ternampak coklat ni buatan Belgium dan harganya hanya AUD3.95, adakah patut aku tidak membelinya?


1 comment:

akupunyahal said...

wah lebih murah dari cekelat beli di David Jones or Mayers