Sunday, 24 February 2008

Darling Harbour

Hari ni aku satu famili bersama2 Azlan sekeluarga pergi jalan2 di Darling Harbour konon2nya nak tengok kapal Queen Victoria dan Queen Elizabeth yang ada di sini sejak semalam. Kedua2 kapal ni kiranya ala2 standard kapal Titanic. Tapi kita orang datang tak kena time... masa kita orang sampai situ yang ada hanya kapal Sun Princess... tapi kapal Queen Victoria dan Queen Elizabeth tak ada... Disebabkan masa tu kita orang ada banyak plan lain, so kita orang tak sempat nak tengok kedua2 kapal ni yang dikatakan akan berselisih pada waktu petang. Kapal Queen Elizabeth tu dengar citer tahun ni last dia berlayar mengelilingi dunia... Pastu dah tak ada lagi dah... sebab dah tua... setua Queen Elizabeth kat London tu kot.

Me, my wife and my kids


Sun Princess


Kapal perang dan submarine


Sydney CBD view from Darling Harbour


Lagi... Sydney CBD dari different point


Kalau nak pusing2 sekitar Darling Harbour, naik benda ni pun boleh


Lepas jenjalan di Darling Harbour, kita orang singgah sebentar ke Queen Victoria Building. Tak dapat tengok kapal Queen Victoria.. dapat tengok Queen Victoria Building pun jadilah.


Masa tengahari kita orang singgah ke sebuah Chinese Restaurant yang halal di Quay St. dan kat situlah kita orang bersantap... tapi rasanya...kira oklah... tapi aku rasa aku masak lagi sedap kot. Kalau aku bukak restoran sebelah restoran cina tu sure dia terlongkop. Dari cina tu elok2 speaking Aussie dengan aku... terus keluar bahasa ibunda maki aku... yap kim ngoi sam sam yap loi yap lai... ekekek.



Aku order Fried Noodles with Chicken


Manakala Azreen order this kind of noodle (entah apa entah namanya) with chicken

Saturday, 23 February 2008

My Birthday

Today is my birthday yang ke tut.. tut... Oops tak lahh.. I am just 17 yo... nak percaya.. percayalah... kalau tak nak percaya pun jangan percaya... hihihi.. OK malas nak citer panjang2... tapi aku dikejutkan dengan benda2 dalam gambar nih oleh my wife Azreen.

Me and my wife Azreen


Greeting cards from my wife and my children


My birthday cake yang dibuat sendiri oleh Azreen... thank you and I love you so much


Wow... Azreen masak soto pada hari ni to celebrate my birthday... mmm sedap


Guess what??? A birthday present actually... Hari tu aku macam teragak nak beli benda ni... sebab nampak cute... tetiba jer birthday aku... aku dapat benda nih.

Tuesday, 19 February 2008

Wollongong Uni. Discovery Day

Semester baru telah bermula. So minggu ni adalah minggu orientasi untuk student undergraduate di Wollongong Uni. Here is some snapshots yang aku sempat ambil untuk merakamkan suasana pada hari ni.

View dipersekitaran stalls.


Students crowd


One of the attractions


Free BBQ


BBQ Party


Lepak2 sambil bermain bola

Sup Kambing Singapura

Hari ni Azreen masak Sup Kambing Singapura, resepi yang di ambil dari mak aku. Mmm... sedapnya.



Resepi Sup Kambing Singapura

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging/tulang kambing - diperap dengan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Tomato sos
Cili sos
Kicap
Gula
Garam

Bahan A
1 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan kasar / jintan halus / lada sulah / lada hitam
- bahan A ni diblender sekali.

Bahan B
Kayu manis - 1
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya
1. Tumiskan bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan A dan ditumis hingga garing.
3. Masukkan daging kambing dan sedikit air dan direbus hingga daging empuk.
4. Masukkan sos tomato, kicap, gula, garam dan cili sos secukup rasa.
5. Masak sehingga sup agak pekat.

Sunday, 17 February 2008

Global Positioning System (GPS) and Sydney

Semalam aku telah membeli GPS yang baru di Harvey Norman. Sebab sekarang ni tengah ada promotion then mahu tak mahu aku pun beli jugak laa GPS Tomtom model One XL. Dengan promotion ni aku dapat free map untuk tahun 2008 yang akan keluar pertengahan tahun ni.

Say "Yes" to GPS and "No" to conventional map


Aku cuba tengok brand lain... but still this is the only option I have sebab yang lain tu tak ada promotion. Tujuan aku beli GPS ni supaya senang aku nak gi jenjalan ke mana saja tanpa risau jalan yang aku ambil tu betul atau tidak. Aku pun tak perlu menerima jawapan yang meragukan bila tanya "Ni belok kiri ke kanan?" dan jawapannya "Entah!" while you kena buat decision serta merta. You can always avoid tolls dengan GPS as toll kat Sydney memang bersepah... dan tatau jalan mana yang ada tol dan jalan mana yang tak ada tol. Kalau guna map biasa.. very risky. Banyak plan yang tertangguh sebelum aku beli GPS ni sebab tak familiar dengan jalan.

Jadi sebaik saja aku beli GPS tu, pada belah malamnya aku satu famili terus pergi ke Sydney jenjalan di Opera House berpandukan GPS baru aku tuh...

Sydney Opera House


View di persekitaran Opera House