Thursday, 3 April 2008

Tiramisu

Hari ni aku nak perkenalkan resepi Tiramisu yang dibuat oleh Azreen. Resepi ni Azreen ambil dari website Kak Hanieliza. Setelah dicuba resepi ni... mmm boleh tahan.

Tiramisu yang dibuat oleh Azreen


TIRAMISU

Bahan A
24 keping biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
1 s/ k nescafe - bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air
1 s/b serbuk agar2 - masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Tuesday, 1 April 2008

Mount Kiera Scenic Lookout

Baru-baru ni aku sekeluarga pergi panjat Mount Kiera konon2nya for having lunch kat atas gunung tu. Tapi bila kami sampai situ rupa2nya ada Aussie yang tengah buat majlis perkahwinan kat situ. So terpaksa kami cari tempat lain untuk lunch. Namun demikian aku sempat snap beberapa foto dari Mount Kiera Scenic Lookout. Dari situ kita orang boleh nampak seluruh Wollongong dan beberapa kawasan lain. Here are some of the snapshots. Tapi aku lupa nak upload beberapa gambar lain... nanti aku akan kemaskini this entry kemudian.

Wollongong City


Lake Illawarra di Shellharbour


Northern part of Wollongong... Corrimal, Woonona, Bulli etc


Another snapshot of the Northern part of Wollongong

Wednesday, 26 March 2008

Kiama

Last Sunday, aku dan beberapa rakan yang lain pergi picnic di Kendalls Beach di Kiama. Here are some snapshots of the event.

Kendalls Beach, Kiama


Aku dan Aiman


Anak2 aku dan abang Zainul


Picnic


Kiama Blowhole... masing2 tengah tunggu air pancut dari blowhole tu.


Emak Azreen, Kak Zuhal, Aiman dan Aliyah

Tuesday, 11 March 2008

Lakemba

Ahad lepas aku sekeluarga bersama dengan my mother-in-law yang baru tiba dari Malaysia pergi ke Lakemba for shopping. Lakemba ni adalah tempat di mana terdapat komuniti muslim yang agak besar. So kalau pergi kat sini akan rasa sikit suasana seperti berada di negara2 timur tengah... sebab ramai sangat orang2 arab yang membuka perniagaan di sini.

Lakemba


My wife, my kids and my mother-in-law


Pada sebelah tengahari kami sekeluarga pergi melawat rakan kami Sharifah di King George Hospital di Kogarah yang baru sahaja mendapat cahaya mata yang pertama.

In the maternity ward

Monday, 10 March 2008

Teletubbies

Agak lama jugak aku tak update blog aku nih. Sebenarnya kebelakangan ni aku agak sibuk dengan study aku disamping tiada event yang menarik sangat. Lepas tu pulak kat Malaysia sibuk dengan pilihanraya... so aku lebih banyak spend masa2 lapang aku dengan membaca dan menganalisa kempen dan keputusan pilihanraya di Malaysia.

OK lah kepala aku dah tepu baca pasal keputusan pilihanraya... so untuk melapangkan fikiran sejenak... jom lihat gambar2 teletubbies dan Alisha.



Alisha the teletubby.