Friday, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Haa... ni adalah kad raya yang aku bikin secara bidan terjun.... main tangkap muat jer. Nak buat canggih-canggih tak sempat nak fikir sebab aku tak nak buang tenaga pada otak aku untuk fikirkan sangat pasal raya nih. Daripada aku fikirkan tentang raya nih lebih baik aku fikirkan tentang study aku. Maklumlah dah setahun setengah aku kat Australia nih so paham2 jer laa... macam-macam tekanan aku hadapi sekarang nih. Sekarang nih kalau orang bercakap dengan aku, mintak maaflah kalau aku tak perasan apa yang dia cakap sebab otak aku tak sempat nak proses untuk tafsir apa yang orang cakap kat aku. Haa... itulah realiti keadaan aku sekarang nih.

Kalau korang tengok kat gambar kad raya bidan terjun aku dalam entri nih, korang perasan tak ada satu perkara pelik kat gambar tu. Agak2nya apa dia ek? Walau apa pun pada hari yang mulia ni, aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin bagi semua umat Islam di mana sahaja samada yang mengenali ataupun tidak mengenali aku sekeluarga.

2 comments:

akupunyahal said...

yg pelik dia sbb anak ko yg sorang tuh tak pakai baju raya? nih mesti mak ayah lupa nak beli nih kannn? matilaaa

Faisal said...

Aiyoo malim... anak aku yang tak pakai baju raya tu sebenarnya masih berada di alam roh lagi laa Malim. Masa tu my wife tengah pregnant Alisha.. So picture tu sebenarnya aku superimpose... heheh..