Tuesday, 30 September 2008

Esok Hari Raya!!!

Yeh!!! Yeh!!! Esok raya... Yeh!!! Yeh!!! Jadi sebab besok dah confirm raya, then hari ni aku sekeluarga sibuk membuat persiapan terakhir. Apa lagi... rendang ayam, sambal kacang dan ketupat. Bukan setakat tu saja... ada lagi yang akan aku tunjukkan bila yang lain dah siap nanti.. insyaallah.

Antara bahan2 yang diperlukan untuk buat rendang.

Preparing the kelapa goreng to make kerisik.

Lepas dah goreng kelapa tu... then kita tumbuk sampai keluar minyak. Lesung tumbuk tu telah diimport khas dari dapur mak aku sebelum aku datang kat sini.

Antara kerisik yang telah siap.

Masak rendang ayam ni sampai kering.

Dah siap pun rendang ayam nih... tapi belum cukup kering.

Kuah kacang pun dah siap dah... cuma tunggu nak makan jer nih.

Ketupat segera saja yang mampu dibuat sebab kat sini tak jumpa daun kelapa untuk buat ketupat.... Furthermore kalau ada daun ketupat pun aku tak reti nak anyam ketupat... ekekek.

6 comments:

Dr. Bentara said...

Eid mubarak! Jemput datang ke rumah!

Faisal said...

Selamat Hari Raya!! Nak datang ke rumah jauh sangatlah. Tapi kalau nak datang rumah alam cyber awak hari2 memang datang pun... hihihi..

eedany said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sheikh faisal sekeluarga...

Maaf Zahir & batin

:)

Faisal said...

eedany: Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin juga buat eedany sekeluarga dan blogger yang lain.

ita.itu said...

wah rajin dan gigih ko kat sana numbuk ek..hehe..sib baik aku kat sini..kalo x jd mcm ko la ek numbuk sakan..hehe

azreen said...

ita...gigih mau tak gigih...raya punye pasal ko...