Monday, 29 September 2008

Buat Kuih Raya

Beberapa hari kebelakangan ni aku telah melupakan sekejap tentang study. Aku berehat seketika untuk memberi laluan bagi persediaan hari raya. Jadi kalau aku tak study untuk beberapa hari ni apa yang aku buat? Haa apa lagi buat kuih raya laa dgn wife aku.

Kalau kat Malaysia dulu setiap kali nak raya mesti aku akan tolong mak aku buat kuih raya. But this time aku tolong my wife laa pulak. Seronok sebenarnya buat kuih raya nih... lebih-lebih lagi bila anak2 aku suka makan... lagi laa seronok. Rasa-rasanya ada tak perbezaan antara buat kuih raya sendiri dengan beli kuih raya yang dah siap di kedai? Kalau nak tahu perbezaannya, bagi sesiapa yang tak pernah buat kuih raya sendiri, korang boleh cuba buat sendiri dan korang akan tahu perbezaannya yang hanya korang sendiri dapat rasai dan nampak. Believe me!!! Bagi aku laa.. kalau beli kuih raya dah siap serupa macam tak raya. This is just my personal opinion.

Preparing the batter.


Ni dia dah siap pun adunan salah satu kuih raya.

Biskut gajus... using my mother recipe

Yang ni pulak adalah biskut arab... Bila my son tanya ni biskut apa... aku kata ni biskut Power Rangers... sebab ada pelbagai warna macam baju Power Rangers.

Biskut makmur... A.K.A biskut mickey mouse when I tell my kids... just to attract them to eat this biscuit.

Dan yang ini adalah biskut sarang semut. Tatau nak gelar nama apa when my kids tanya nanti... May be biskut Dorathy atau biskut Dora kot.. heheh..

Ni adalah sebahagian persiapan yang sempat aku rakamkan... more will come.

2 comments:

amin said...

banyak banyak kuih, biskut gajus tu mcm sedap jer... ada stok lg ke...

azreen said...

amin...
harap maaf ye...semuanye telah diselamatkan...hahahaha