Friday, 27 June 2008

What Killed This Bug?

Syoohh... syoohh... syoohhhh. Kejap eh... aku nak halau labah-labah yang dah buat sawang kat blog aku nih. Mana penyapu aku nih.. uishhh.. nasib baik ada seekor jer labah-labah.. Maklumlah dah lama tak update blog, sampai naik bersawang blog aku dah.

Saiz serangga ni sebenarnya lebih kecil dari saiz sebutir beras.


Suatu hari sewaktu aku sedang menikmati pemandangan di tepi tingkap rumah aku (aiyoo... matilaa perasan pemandangan di tingkap rumah aku chantekk), tetiba aku ternampak this kind of serangga telah mati terlentang macam tu di tepi tingkap rumah aku. I was wondering what killed this bug? I asked everyone... hey guys may I know who killed this bug? Tapi tak ada seorang pun yang mengaku. Kesian aku tengok serangga ni. Setahu aku kat rumah aku tak ada racun pembunuh serangga. Tu laa... siapa suruh masuk rumah aku.. Ko hengatt kat rumah aku ni banyak sangat makanan ker? Akhirnya ko mati kebuluran macam tu. Padan muka!!!

Tapikan.. satu perkara yang aku tertanya-tanya, kenapa setiap kali serangga seperti lipas, kumbang dan serangga yang malang ni nak mati, mesti dia akan landing dalam keadaan terlentang macam tu? Tak boleh ke dia mati dalam keadaan merangkak macam biasa? Kalau dia merangkak macam biasa, bukannya dia akan tumbang, sebab dia ada enam kaki dan mempunyai pusat graviti yang rendah... betul tak? Setelah aku berfikir sejenak, satu jer kesimpulan yang dapat aku buat, from this position they actually want to tell us.. "hey guys... look at me... I am dead now". Otherwise nobody will know they are already dead isn't it?

4 comments:

Dr. Bentara said...

kenapa terlentang? Boleh buat tajuk PhD tu... amacam?

Faisal said...

Bentara: Ya... aku tatau samada perkara ni telah terjawab oleh orang yang buat research mengkaji tentang serangga. Should do some literature review on it.

akupunyahal said...

agaknya mati terlentang lagi selesa kot? ker kerana mereka tau nak mati and sema menghadap langit..

Faisal said...

malim: uish.. kaki menghadap langit macam melawan tuhan laa pulak.. ekekek