Sunday, 8 June 2008

Noritake Royal Baroque

Sekarang ni kat Australia tengah ada sale secara besar-besaran. Dengar khabarnya sales ni selama dua minggu. Jadi inilah masanya untuk aku mengumpul koleksi yang sukar untuk orang-orang kebanyakan memperolehinya di Malaysia. Atau dengan kata lain inilah masanya untuk aku cuba taste ala2 "Mak Datin"... wakaka.

Australia's biggest stocktake sale.

Jadi alkisahnya masa kami sekeluarga pergi membeli-belah semalam di Shellharbour, tiba-tiba kami ternampak set dinnerware Noritake. Hayoo... potongannya sehingga 70%. Noritake ni kalau kat Malaysia harganya sampai beribu-ribu ringgit. Kalau kat Malaysia memang tak akan aku beli laa. Memandangkan harganya di Australia ni tak laa semahal harga di Malaysia dan ada potongan sehingga 70% pulak tu, jadi rugi laa kalau kami tak beli kan.

Pada kebiasaanmya student-student yang study di oversea akan bawa balik kereta mewah ke Malaysia. But for me to buy a kereta mewah di Australia ni tak berbaloi kerana ia tidaklah semurah di UK dan diluar kemampuan aku. So kalau tak dapat kereta mewah, dapat pakai pinggan mangkuk mewah bersalut emas 24 carat pun jadi laa kan...


Set dinnerware yang kami beli ni dipanggil Royal Baroque (limited release).


Disebabkan kat Malaysia harganya pun dah sampai beribu-ribu ringgit, jadi kalau makan guna dinner set ni harus telan pinggan mangkuk sekali baru puas hati.

The whole set of Noritake Royal Baroque dinnerware.

12 comments:

akupunyahal said...

merembess tengok stocktake sales Mayers kan? aku nengok ya ampun murah2 barangan homeware dia!

Faisal said...

Tu laa kan... Bukan setakat merembesss.. tapi becak ok...

Anonymous said...

eii.. lawa shekh... bape reganya... kalau ada murah lagi.. ko belikkan tuk aku bleh. nanti aku bayo.. thahaha kat sini tak der lah.. royal delft blue ada ler.... tak menarik sungguh...

Faisal said...

Safiza... ko tak minat ker Royal Albert atau Royal Doulton? Kita orang berangan nak beli benda alah tu... Itu lagi kelas... tunggu masa sale lagi dan duit cukup saja nih. Kalau tengok memang tak tidur malam. Royal Albert tu aku rasa kalau kat UK lagi murah.

Anonymous said...

oo ye ke.. aku mana tau sgt jenama2 ni.. janji aku tgk lawa.. dan class.. theheh... tapi mmg lawa ko nye set tu... kalau aku alamat aku tunggu anak2 aku beso le baru aku kuarkan.. kalau tak... huhhuhuhu....

akupunyahal said...

hayooo Royal Doultan and Royal Albert murah ler di Melbourne nih uolss... klu nak beli di DFO sajokk di siniii.. begitu juga dengan Sheridan (barangan untuk tiduran)

Faisal said...

Kat sini pun murah malim... tapi sebab dah beli Noritake, kena tunggu sale hujung tahun ni pulak baru boleh beli... kena kumpul duit dulu ler..

chris said...

Hello
a small mark at the time of my passage on your very beautiful blog!
congratulations!
thanks for making us share your moments
you have a translation of my English space!
cordially from France
¸..· ´¨¨)) -:¦:-
¸.·´ .·´¨¨))
((¸¸.·´ ..·´ -:¦:-
-:¦:- ((¸¸.·´* ~ Chris ~ -:¦:-
http://SweetMelody.bloguez.com

Anonymous said...

Ola,
klu kami ke wgong jangan lupa hidang kami dgn set pinggan noritake hehhehehe..

ksam

Faisal said...

Eh.. boleh..Bila kak sam akan datang untuk convo?

eedany said...

owh...ini yg malim cerita pada saya dulu. Shekh faisal beli pinggan mangkuk cantik2 gitew...

memang cantik...

:)

Faisal said...

Yer ler eedany... dah harga asalnya pun sungguh chantek... Nih pun kalau tak sale giler2 tak beli...