Friday, 9 May 2008

Blue Mountains - Katoomba

Weekend lepas aku sekeluarga dan famili abang Zainul pergi ke Blue Mountain yang lokasinya dari rumah kami mengambil masa selama 2 jam 19 minit untuk tiba mengikut GPS aku laa. Bagi aku tempat ni sesuai bagi sesiapa yang sukakan sesuatu yang adventure. Kalau nak melawat semua tempat di Blue Mountain ni dalam masa satu hari, memang tak boleh cover ke semuanya sekali.

Masa kami pergi ke sini, kami hanya sempat lawat sebahagian kecil saja dari semua tempat yang ada. Ada banyak aktiviti yang tak sempat kami lakukan ketika itu kerana.. as you know I got three small kids. Kalau aku datang sorang kat situ, huh.. dah lama dah aku turun gunung tu sampai ke bawah... lalu ikut jambatan gantung (rasanya macam ada), lakukan bushwalking hingga ke The Three Sisters, masuk gua etc. Tapi tak apa.. aku akan pastikan suatu masa nanti aku akan dapat lakukan semua itu sebelum aku pulang ke Malaysia. Bila aku dah lakukan semuanya itu, sudah pasti akan ada entri mengenainya nanti... Just a matter of time only. So macam biasa.. kalau pergi ke tempat2 macam ni, ambil gambar dah jadi macam "fardhu ain" bagi aku. So ini adalah sebahagian gambar yang aku sempat ambil pada waktu itu.

Seperkara yang aku nak bagi tahu pada semua pembaca, daya tarikan di Blue Mountain ni sebenarnya tak boleh digambarkan oleh foto2 yang diambil. You need to be there physically to get the actual feel. As I said earlier, tempat ni sesuai untuk orang yang sukakan sesuatu yang adventure dan bukan hanya setakat nak lihat pemandangan sahaja. You must communicate with the environment through various of activities. Otherwise you'll not get the feel of being in such places.

Pemandangan di Echo Point.


Another snapshot at the Echo Point.


Aborigine - a member of the race of dark-skinned people who were the first people to live in Australia.


Sebahagian pelancong yang sibuk mengambil gambar.


The Blue Mountains.

Aku ada lihat satu gambar di souvenir shop tentang tempat ni semasa kabus tebal. Memang cantik sekali. You will see the Three Sisters dan kemudian ada liputan awan yang luas dibawahnya. Maybe kalau datang waktu pagi masa summer mungkin dapat lihat kot sebab kabus akan berlaku bila berlaku pertembungan udara panas dan sejuk.

The Legend of the Three Sisters

Three Sisters ni sebenarnya ada lagenda yang tersendiri. The Three Sisters ni mengikut lagenda adalah tiga orang adik beradik perempuan yang sangat rupawan bernama Meehni, Wimlah dan Gunnedoo yang tinggal di dalam puak Gundungurra di Jamison Valley. Ketiga-tiga adik beradik ni telah jatuh cinta dengan tiga orang lelaki dari puak yang lain iaitu puak Daruk, tetapi perkahwinan antara dua puak yang berbeza adalah tidak dibenarkan di dalam adat mereka.

Ketiga-tiga lelaki yang dari puak Daruk itu merupakan pahlawan-pahlawan dan telah mengambil keputusan untuk membawa lari ketiga-tiga Meehni, Wimlah dan Gunnedoo secara paksa. Maka tercetuslah peperangan antara kedua-dua puak tersebut. Peperangan tersebut telah memaksa Kuradjuri iaitu seorang ahli sihir bagi puak Gundungurra untuk menukarkan ketiga-tiga adik beradik perempuan tersebut menjadi batu. Niatnya adalah untuk mengembalikan mereka kepada asal sebaik sahaja tiada lagi bahaya peperangan dan peperangan telah berakhir. Tetapi malangnya Kuradjuri telah terbunuh di dalam peperangan tersebut dan sehingga hari ini tiada siapa yang boleh memecahkan sihir tersebut untuk mengembalikan ketiga-tiga adik beradik perempuan itu kepada asal. Begitulah dongengnya...

The Three Sisters - Meehni, Wimlah dan Gunnedoo but I wonder which is which. Perasan tak ada orang di celah rock yang paling kiri sekali? I wish to be there next time.


Katoomba Falls


Eh eh.. ada cable car kat celah pokok?


Ohh Skyway tu dari sini rupanya..


Orphan Rock


Mount Solitary and Jamison Valley




Blue Mountains National Park

6 comments:

akupunyahal said...

Blue Mountains ni macam Grampians kalau di Voctoria ni...

Faisal said...

Ko ada pic Grampians tak kat blog ko?

akupunyahal said...

ada sikit.. ko tengok entry lama2 aku somewhere in autumn or end winter tak silap..

wahdi said...

nice pics, i pegi BM aritu that Aborigine pun ada, same person...

naik tak ride yg lalu gua sempit tu? scary!

Faisal said...

tak dapat naik laa... sebab i ada small children laa.. May be next time..

cdah_alai said...

hai......bila la aku dapat sampai kat sane..tgk gambar je la