Sunday, 10 February 2008

Hidangan Nasi Lemak

Pagi ni aku sekeluarga makan nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Nasi lemak masakan Azreen.


Timun, ikan bilis, kacang goreng dan telur rebus.


Bila makan nasi lemak ni aku teringat pantun melayu lama yang berbunyi

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan


Amboi amboi amboi... kadang-kadang ajaran orang2 tua ni bukannya betul sangat pun. Sanggup buang emak buang saudara mara kerana cinta. Apa ko nak jadi macam si Tanggang??!! Tu ler pasal, bila ramai remaja lari dari rumah ikut kekasih hati siapa nak di salahkan? Ajaran siapa? Kadang2 orang kita ni lebih berpegang pada adat resam dari ajaran agama. Ingat ler... syurga di bawah telapak kaki ibu... Sanggupkah kita tidak dapat mencium bau syurga semata2 kerana cinta? Nauzubillah...

p/s: Teringat masa kecik2 dulu bila mak aku kata syurga di bawah telapak kaki ibu, terus lepas tu aku pergi belek tapak kaki emak aku.. wakakakaka.. Sabau jer ler...

5 comments:

Rizal said...

nasi lemak ni memang sedap..teringat masakan erin nasi serai pun power gakk...

Faisal said...

Wah rizal.. yer ker? Camana duk UK ok ker? Study ok?

Rizal said...

ni baru rasa lega kepala skit..baru jer public viva last week untk confirmation PhD writing status (evaluation untk 2nd year sebb Sept dh nk masuk 3rd year)....
kejap jer masa berlalu.....

Faisal said...

OK bagus ler tu... saya 18 Feb. ni genap setahun. Proposal dah submit bulan 9 aritu.. Alhamdulillah OK nampaknya.. Tapi tengah pening kepala nak cari contribution.. hehe

Rizal said...

OK lah tu...lama2 byk benda akan emerge dgn sendirinya, mudah2an...insyaAllah