Tuesday, 1 January 2008

One Moment In Time

Nampaknya aku berjaya juga menulis blog ini setelah sekian lama aku mencari-cari masa dan ketika yang sesuai untuk aku memulakannya. Sebenarnya aku sekeluarga kini berada di Australia untuk satu tempoh jangkamasa yang tidak diketahui lamanya. Kini setahun telah berlalu... dan aku merasakan adalah sangat rugi sekiranya aku tidak dapat merakamkan kehidupan aku di sini bersama keluarga (isteri dan tiga orang anak)... sekadar untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk berkongsi kenangan dan pandangan dengan pengunjung blog ini.

Di Australia aku menetap di Wollongong, New South Wales yang letaknya lebih kurang 96 km dari Sydney. Dengar nama pun pelik. Wollongong??? It is an aboriginal word. Wollongong is a nice place as it is located near to beach. Of course beaches are the main attraction in Wollongong.

Jadi untuk blog aku ni aku namakan "One Moment In Time" untuk menceritakan sebahagian kenangan dan pengalaman yang aku lalui. Namun demikian ia juga memberi makna yang lebih mendalam lagi seperti mesej yang cuba disampaikan dalam lagu dibawah.



Video by ChrissyAB at http://www.youtube.com/user/ChrissyAB

No comments: